Pasangan warga emas maut dalam kebakaran di bengkel kenderaan

Lapan orang termasuk wanita terbunuh manakala tiga lagi cedera dalam satu letupan di sebuah kilang bunga api di daerah Virudhunagar di negeri Tamil Nadu, India pada Sabtu. Gambar hiasan
Lapan orang termasuk wanita terbunuh manakala tiga lagi cedera dalam satu letupan di sebuah kilang bunga api di daerah Virudhunagar di negeri Tamil Nadu, India pada Sabtu. Gambar hiasan
A
A
A

KUCHING - Pasangan suami isteri warga emas maut dalam kebakaran di bengkel kenderaan yang bersambung dengan rumah mereka di Jalan Datuk Bandar Mustapha, dekat sini, pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Datuk Khirudin Drahman berkata, mangsa Chin Ah Jon, 70, dijumpai di kawasan ruang tamu manakala isterinya, Lim Gek Hue, 60, di bilik tidur.

"Anak pasangan itu mengesahkan kedua-dua mangsa merupakan ibu bapanya,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian kira-kira 4 pagi dan kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada 5.23 pagi, sebelum memulakan operasi mencari mangsa.

"Bomba mendapatkan bantuan anjing forensik daripada Unit K9 JBPM Sarawak, Wief bagi mengumpul bahan bukti serta mencari punca kejadian itu,” katanya.

Dalam pada itu, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, memaklumkan struktur bengkel berkenaan terbakar 100 peratus, selain lima kenderaan pelbagai jenis turut terbakar sepenuhnya.

Mayat pasangan itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. - Bernama

Artikel Berkaitan: