Dua warga emas maut, Toyota Hilux bertembung Mercedes Benz

Dua warga emas maut dalam kemalangan di kilometer 27, Jalan Kluang - Teck Wah Heng pada Isnin. Foto PDRM Kluang
Dua warga emas maut dalam kemalangan di kilometer 27, Jalan Kluang - Teck Wah Heng pada Isnin. Foto PDRM Kluang
A
A
A

KLUANG - Dua warga emas maut selepas kenderaan dipandu mereka terlibat dalam kemalangan di kilometer 27, Jalan Kluang - Teck Wah Heng pada Isnin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Deputi Superintenden Nik Mohd Azmi Husin berkata, kejadian jam 2.48 petang itu melibatkan kereta jenis Mercedes Benz yang dipandu lelaki berusia 71 tahun dan kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dipandu lelaki berusia 74 tahun.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati kereta Mercedes Benz dari arah Layang-Layang ke Renggam, manakala Toyota Hilux dari arah bertentangan.

"Apabila tiba di tempat kejadian, Toyota Hilux telah masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan Mercedes Benz.

“Akibat perlanggaran itu, kedua-dua pemandu dilaporkan meninggal dunia di lokasi akibat kejadian akibat kecederaan di kepala dan badan,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: