Fahmi perlu mohon maaf kepada Rafidah - Johan

Fahmi dan Rafidah
Fahmi dan Rafidah
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil perlu memohon maaf secara terbuka kepada bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz susulan tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ‘menyekat’ hantaran di akaun Facebooknya mengenai catatan berkaitan Institut Jantung Negara (IJN).

Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar berkata, Rafidah hanya merujuk kepada peraturan baharu IJN yang dikatakan terpaksa melepaskan semua kakitangan kerajaan dan pesara disebabkan oleh langkah penjimatan oleh kerajaan.

Johan Jaaffar
Johan Jaaffar

“Beliau berhak berasa kecewa dan marah dengan tindakan SKMM. Rafidah sewajarnya berpandangan sekarang kita tidak boleh lagi memberikan pandangan sahih yang membabitkan rakyat, dalam hal ini, golongan pesara.

“SKMM sebelum ini telah dikecam teruk kerana memanggil editor dan menyekat saluran berita yang dianggap tidak menyenangkan pemerintah. Hal ini berlaku walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri mengatakan beliau mengalu-alukan teguran dan pandapat yang berbeza,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Media pada Jumaat melaporkan Rafidah mendakwa media sosialnya ditapis selepas salah satu catatan mengenai layanan terhadap pesara kerajaan di IJN disekat daripada dibaca oleh pengguna lain.

Jelasnya, hantaran tersebut hanya boleh dilihat dan dibaca oleh dirinya sendiri tetapi tidak oleh pengikutnya.

Johan turut mencadangkan agar peranan pengawasan oleh SKMM di rujuk kepada sebuah jawatankuasa peringkat Parlimen agar badan itu tidak disalahgunakan untuk mengekang hak bersuara dan kebebasan media di negara ini.

Artikel Berkaitan:

“SKMM sepatutnya memastikan proses pengawasan yang lebih telus bagi memastikan wujudnya eko-sistem untuk media yang bebas dan adil,” ujarnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

@sinarharianonline

Fahmi perlu mohon maaf kepada Rafidah - Johan #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Nasional #FahmiFadzil #Maaf #RafidahAziz #SKMM #Facebook #IJN #JohanJaafar

Earned It (Fifty Shades Of Grey) - A Tribute to The Weeknd - Saxtribution