X

Kindly register in order to view this article
!

Pendedahan boleh undang masalah dengan negara UAE

Mohamad Hasan
A
A

SHAH ALAM - Negara dibimbangi akan menghadapi masalah dengan kerajaan Emariah Arab Bersatu (UAE) berikutan pendedahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengaitkan rakaman audio dengan tokoh asing.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, agensi itu sepatutnya menyerahkan segala bukti baharu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada polis untuk disiasat dan bukannya mendedahkan kepada umum.

"Pendedahan perbualan pemimpin negara dengan seorang pemimpin negara asing merupakan kerahsiaan yang sangat penting. Ia tidak wajar didedahkan dengan sewenangnya tanpa melalui proses undang-undang.

"Pendedahan hari ini akan pasti mengundang masalah dengan kerajaan UAE (Emariah Arab Bersatu). SPRM sewajarnya memahami kepentingan bagi Malaysia tidak berkonflik dengan mana-mana negara dalam usaha mencari kebenaran berkaitan skandal itu," katanya dalam satu kenyataan.

Mohamad berkata, polis perlu melakukan siasatan terperinci berkaitan pendedahan bukti baharu itu supaya hak, kepentingan dan keadilan diperoleh.

"Pendedahan itu seolah-olah mensabitkan nama-nama mereka yang terlibat sebagai bersalah dan menimbulkan prejudis yang sangat mendalam terhadap mereka.

"SPRM ialah institusi awam yang mesti menjalankan tugasnya secara berperlembagaan dan penuh wibawa. Apa yang dilakukan telah menyebabkan profesionalisme, wibawa dan integriti mereka dipersoalkan," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!