[VIDEO] 'RXZ Fighter Gathering eratkan silaturahim'

A
A
A

KUANTAN - Penganjuran program RXZ Fighter Gathering Malaysia 2024 di Serambi Teruntum yang diadakan dua hari dan berakhir pada Sabtu disifatkan satu himpunan mampu menyatupadukan peminat pemotoran di seluruh negeri.

Mekanik motosikal, Yusman Yusof, 41, berkata, melalui program itu, semua peminat permotoran terutama motosikal dapat berkumpul dan berkenalan.

Yusman
Yusman

Menurutnya, sekiranya tiada program seumpama ini sukar bagi peminat permotoran di seluruh pelosok negeri untuk bersama antara satu sama lain.

"Makanya silatulrahim antara geng motosikal di seluruh negeri dapat di eratkan. Malah, kita juga dapat mengenali rakan dari pelbagai negeri," katanya ketika ditemui Sinar Harian di Serambi Teruntum pada Sabtu.

Peminat RXZ yang hadir pada program itu.
Peminat RXZ yang hadir pada program itu.

Bapa kepada seorang anak itu berkata, penganjuran RXZ Fighter di Pahang adalah yang terbaik setakat ini, dan mahu ia terus diadakan pada masa akan datang.

"Kita akan sokong setiap kali ada program (seperti ini), penganjur perlu buat lagi acara ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Bagi, Jurutenik, Azrani Razak, 47,mengakui ini kali pertama menyertai program pemotoran paling meriah sepanjang penglibatannya dalam dunia pemotoran lebih 10 tahun.

Azrani
Azrani

"Saya harap program seperti ini dapat diteruskan, sebab (dengan) adanya platform yang positif untuk anak muda,mereka tidak (akan terlibat dalam aktiviti tidak sihat).

"Jadi, silaturahim anak muda dapat dipertingkatkan, selain adanya program bermanfaat kepada mereka," ujar bapa kepada empat anak itu.

Peminat RXZ tidak melepaskan peluang untuk memeriahkan program RXZ Fighter di Serambi Teruntum pada Sabtu.
Peminat RXZ tidak melepaskan peluang untuk memeriahkan program RXZ Fighter di Serambi Teruntum pada Sabtu.

Sementara itu, Mohd Amin Abd Wahab, 38, berkata, banyak cabaran yang ditempuh ketika menunggang motosikal untuk ke program RXZ Fighter di sini.

"Antaranya berdepan dengan kerosakan motosikal seperti piston rosak dan sebagainya tapi sebab niat hendak ke sini, ditepi jalan pun saya sanggup baiki RXZ saya ini dan Alhamdulillah saya sampai juga.

"Terus terang cakap, saya teruja sebab bila datang sini boleh kenal orang baru dan mampu eratkan silaturahim," kata bapa kepada lima anak ini.

Mohd Amin
Mohd Amin

Sehubungan itu, Mohd Amin berharap Kerajan Pahang dapat menganjurkan lagi program seumpama ini pada masa akan datang.

"Anak muda memang suka aktiviti dan program sebegini," katanya.

Yusman (kiri) dan Azrani dari Gemas, Negeri Sembilan tiba di Serambi Teruntum pada 11 pagi, Sabtu.
Yusman (kiri) dan Azrani dari Gemas, Negeri Sembilan tiba di Serambi Teruntum pada 11 pagi, Sabtu.

Mohd Amin (tiga, dari kiri) konvoi bersama rakannya dari Kelantan ke Serambi Teruntum bagi hadiri program RXZ Fighter pada Sabtu.
Mohd Amin (tiga, dari kiri) konvoi bersama rakannya dari Kelantan ke Serambi Teruntum bagi hadiri program RXZ Fighter pada Sabtu.