X

Kindly register in order to view this article
!

Putus badan dibaham buaya ketika memancing

Mayat seorang lelaki ditemui separuh badan tanpa dua belah kaki dan tangan kanan dipercayai dibaham buaya ditemukan di Sungai Kalumpang dekat sini pagi tadi.
A
A

TAWAU - Mayat seorang lelaki ditemui separuh badan tanpa dua belah kaki dan tangan kanan dipercayai dibaham buaya ditemukan di Sungai Kalumpang dekat sini pagi tadi.

Penolong Kanan Penguasa Bomba dan Penyelamat Tawau Sharudy Delamin ketika dihubungi berkata, mayat mangsa yang dikenali sebagai Binyojinnul Umur, 36, ditemukan kira-kira 10.20 pagi tadi.

Binyojinnul dilaporkan hilang petang semalam ketika memancing di sungai berkenaan.

Mayat mangsa ditemukan di muara anak sungai berkenaan kira-kira 600 meter dari lokasi dia dipercayai hilang. Foto: RTM
Mayat mangsa ditemukan di muara anak sungai berkenaan kira-kira 600 meter dari lokasi dia dipercayai hilang. Foto: RTM

Sharudy berkata, mayat mangsa ditemukan di muara anak sungai berkenaan kira-kira 600 meter dari lokasi dia dipercayai hilang.

"Balai Bomba dan Penyelamat Tawau menerima panggilan kecemasan pada 4.43 petang semalam dan operasi mencari dan menyelamat digerakkan," katanya.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!