Hafizh Syahrin sasar podium di Buriram

Hafizh bersama jentera yang bakal digunakannya di ARRC 2024.
Hafizh bersama jentera yang bakal digunakannya di ARRC 2024.
A
A
A

PELUMBA pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) Racing Team, Hafizh Syahrin Abdullah menyasarkan kedudukan podium pada perlumbaan sulung Asia Road Racing Championship (ARRC) di Litar Antarabangsa Chang, di Buriram, Thailand, pertengahan Mac ini.

Malah, pelumba berpengalaman berusia 30 tahun yang terkenal dengan gelaran El Pescao itu yakin sasaran tersebut mampu dicapai.

“Ramai meletakkan harapan dan sasaran kepada saya kerana pengalaman yang saya miliki terutamanya dalam saingan MotoGP.

“Namun ada juga yang kata saya turun pangkat bila berlumba dalam ARRC tapi saya tak fikir begitu.

“ARRC adalah tempat di mana saya bermula dalam dunia permotoran dan bagi saya, ini adalah perjalanan saya bersama JDT,” katanya.

Hafizh berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Pelancaran JDT Racing Team di sini pada Jumaat.

Untuk ARRC kali ini, Hafizh bakal menggunakan jentera keluara Itali, Ducati yang pernah digunakannya pada Asian Superbike 1,000cc (ASB 1000).

Sementara itu Hafizh berkata, cabaran dalam ARCC bagi musim 2024 dilihat agak mencabar dengan kehadiran ramai pelumba-pelumba handalan.

Artikel Berkaitan:

Meskipun begitu, beliau melihat ramai pesaing yang berpotensi mencabar JDT Racing Team dalam saingan ARRC musim 2024.

“Kita mesti pergi bersama dan cuba bersaing dengan sasaran kita pada tahun ini iaitu sentiasa cuba berada di podium dan kalau kita boleh berjuang dapatkan kejuaraan, kita akan berjuang dapatkan kejuaraan.

“Bagi saya, sudah tentu kita ada pesaing.

"Kita ada TKKR yang gunakan BMW dan juga juara tahun lepas, Markus Reiterberger dan Zaqhwan Zaidi juara bagi musim 2022 lalu juga bakal berlumba kali ini, selain senior saya, Azlan Shah (Kamaruzzaman),” katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28