43 maut dalam kebakaran bangunan di Bangladesh

Sekurang-kurangnya 43 orang terbunuh dalam kebakaran bangunan tujuh tingkat di sini pada Khamis malam. Foto EPA
Sekurang-kurangnya 43 orang terbunuh dalam kebakaran bangunan tujuh tingkat di sini pada Khamis malam. Foto EPA
A
A
A

DHAKA - Sekurang-kurangnya 43 orang terbunuh dalam kebakaran bangunan tujuh tingkat di sini pada Khamis malam, lapor Xinhua.

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Keluarga Bangladesh Samanta Lal Sen pada awal Jumaat mengesahkan angka kematian itu.

Menteri itu berkata, seramai 33 mayat dibawa ke Hospital Kolej Perubatan Dhaka dan 10 yang lain ke Sheikh Hasina National Institute of Burn and Plastic Surgery di Dhaka.

Seorang inspektor di ibu pejabat Perkhidmatan Bomba dan Pertahanan Awam di Dhaka, Anwarul Islam berkata kira-kira 75 orang, termasuk 42 yang ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri telah diselamatkan dari "Green Cozy Cottage Shopping Mall" dan dikejarkan ke beberapa hospital.

Anwarul berkata, sekurang-kurangnya 12 unit bomba dikerah ke lokasi selepas menerima maklumat kejadian kira-kira 9.30 malam waktu tempatan.

Pegawai itu berkata, bangunan berkenaan menempatkan sebuah restoran, sebuah kedai runcit dan beberapa kedai lain. - Bernama

Artikel Berkaitan: