RXZ Fighter: Peserta diingatkan patuhi peraturan lalu lintas

Peserta program himpunan motosikal RXZ Fighter yang diadakan di Serambi Teruntum di sini dua hari bermula Jumaat diingatkan supaya mematuhi peraturan ditetapkan.(Gambar hiasan)
Peserta program himpunan motosikal RXZ Fighter yang diadakan di Serambi Teruntum di sini dua hari bermula Jumaat diingatkan supaya mematuhi peraturan ditetapkan.(Gambar hiasan)
A
A
A

KUANTAN - Peserta program himpunan motosikal RXZ Fighter yang diadakan di Serambi Teruntum di sini dua hari bermula Jumaat diingatkan supaya mematuhi peraturan ditetapkan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, tindakan akan diambil kepada mana-mana penunggang yang didapati melakukan kesalahan lalu lintas khususnya aksi menunggang dalam keadaan bahaya.

"Kita ingatkan kepada mereka yang datang agar mematuhi peraturan lalu lintas, pastikan semua motosikal dalam keadaan mematuhi spesifikasi ditetapkan.

"Selain itu, mereka juga dinasihatkan menggunakan kunci berganda dan tidak meninggalkan motosikal di tempat yang tidak selamat," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan sebuah Ducati Panigale V4S bernilai lebih RM150,000 dan dua buah motosikal RXZ bernilai keseluruhan RM60,000 bakal menjadi rebutan untuk cabutan utama sempena RXZ Fighter di pekarangan Serambi Teruntum di sini pada 1 dan 2 Mac ini.

Pada Rabu, Exco Komunikasi Dan Multimedia, Belia, Sukan Dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, Fadzli Mohamad Kamal berkata, dianggarkan 50,000 peminat permotoran bakal membanjiri RXZ Fighter yang diadakan di Serambi Teruntum.

Katanya, sambutan dijangka berlangsung meriah kerana ia merupakan program yang julung kali diadakan di negeri ini.

Mengulas lanjut mengenai program itu, Wan Mohd Zahari memaklumkan seramai tujuh pegawai dan 84 anggota ditugaskan bagi memantau konvoi peserta yang datang dari luar Kuantan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, pemantauan berkenaan dilakukan bagi memastikan keselamatan dan tiada halangan kepada kenderaan lain semasa berada di atas jalan raya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28