PSG tak kisah hilang Mbappe

Mbappe dilaporkan semakin hampir menyertai Real Madrid. FOTO: AFP
Mbappe dilaporkan semakin hampir menyertai Real Madrid. FOTO: AFP
A
A
A

PENGENDALI Paris St Germain, Luis Enrique menegaskan mereka akan mempunyai pasukan yang lebih baik musim depan walaupun bakal kehilangan penyerang sensasi, Kylian Mbappe.

Difahamkan pemain antarabangsa Perancis berusia 25 tahun itu telah memberitahu kelab akan menyertai Real Madrid pada musim panas ini selepas kontraknya tamat.

“Tidak terlintas di fikiran saya bahawa pasukan akan menjadi lebih lemah musim depan. Saya benar-benar pasti.

“Jika semuanya berjalan lancar, saya yakin kami akan mempunyai pasukan yang lebih baik musim depan.

“Saya sentiasa mahu cuba memperbaiki pasukan dan saya fikir sentiasa ada cara untuk menjadi lebih baik,” katanya.

PSG, yang mempunyai kelebihan 11 mata di puncak liga hanya tewas sekali dalam Ligue 1 musim ini - pada bulan September dan berada di landasan untuk merangkul gelaran ke-10 dalam tempoh 12 tahun yang lalu.

“Saya sangat gembira dengan semua usaha yang kami lakukan dan dengan hasil yang kami peroleh.

“Kami mengikuti susur landasan yang sangat baik. Kini kami memasuki tempoh sukar, tempoh penting dan musim terbaik," katanya.

Artikel Berkaitan: