UniSZA berjaya kumpul 3,000kg barangan terpakai

UniSZA berjaya mengumpul sebanyak 3,000 kilogram (kg) barangan terpakai dan kitar semula.
UniSZA berjaya mengumpul sebanyak 3,000 kilogram (kg) barangan terpakai dan kitar semula.
A
A
A

KUALA NERUS - Projek Pengumpulan Bahan Penerbitan (Terpakai/Usang) daripada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) berjaya mengumpul sebanyak 3,000 kilogram (kg) barangan terpakai dan kitar semula.

Pengarah UniSZA Kampus Besut, Profesor Dr Mohd Nordin Abdul Rahman berkata, barangan terpakai yang berjaya dikumpul itu merangkumi kertas, surat khabar lama, buku, majalah dan novel.

"Alhamdulillah... sambutan luar jangkaan mencecah 3,000kg ini merupakan hasil sumbangan daripada 91 orang penyumbang dalam kalangan warga UniSZA dan komuniti dari seluruh Terengganu.

“Secara keseluruhannya, projek ini telah berjaya membudayakan nilai kelestarian alam sekitar dalam memastikan kelestarian sejagat, meningkatkan kerjasama dengan agensi luar dan komuniti setempat.

"Malah turut memberi kesedaran kepada orang ramai untuk mempraktikkan amalan kitar semula dalam kehidupan seharian," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis penyerahan Projek Pengumpulan Bahan Penerbitan (Terpakai/Usang) di UniSZA Kampus Gong Badak di sini pada Khamis.

Mengulas lanjut, Mohd Nordin menyatakan program itu dapat memberi suntikan semangat kepada orang ramai untuk untuk mengitar semula semua bahan-bahan terpakai demi ke arah pembangunan lestari.

Selain itu katanya, mereka juga dapat mengamalkan gaya hidup hijau ke arah menjadi komuniti bebas sampah.

“Kita akan terus berusaha mendidik dan memperkasakan warga UniSZA untuk turut serta ke arah kelestarian kampus sejajar dengan agenda Pelan Strategik Universiti (PSU 2023-2030)," jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Projek selama 10 hari yang bermula pada 18 Februari lepas itu merupakan anjuran Pusat Pengurusan Makmal Berpusat (CLMC) (Kluster Pengurusan Sisa) UniSZA dengan kerjasama RD Papers Sdn Bhd.