X

Kindly register in order to view this article
!

Polis kenal pasti mangsa, suspek peras ugut

Video yang turut menunjukkan pelajar sebuah sekolah menengah agama di Machang disepak.
A
A

KOTA BHARU - Polis sudah mengenal pasti mangsa dan suspek terlibat dalam video tular yang menunjukkan seorang lelaki meminta wang daripada pelajar sebuah sekolah agama di Machang hari ini.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Ganti Jimmy berkata, polis juga telah menerima laporan daripada mangsa dan melakukan siasatan berikutan video tersebut tular di media sosial.

“Mangsa sendiri tampil membuat laporan dan polis juga meneliti video serta suspek sudah dikenal pasti,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Video berdurasi 30 saat yang tular sejak tengah malam tadi menunjukkan seorang lelaki meminta wang dan turut menyepak seorang pelajar kerana tidak memberikan duit kepadanya.

Tindakan tersebut turut dikecam warganet di Facebook dan meminta supaya lelaki terbabit diseret ke muka pengadilan.

Video berkenaan menerima 744 tanda emosi dan paling banyak adalah 400 tanda marah daripada netizen.

Sehingga jam 3 petang, video berkenan sudah mencapai lebih 2,000 kongsian sejak mula dimuat naik sejak tengah malam tadi.

Video itu turut dikongsi pelayar Facebook menggunakan nama Markyo Meqchek.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus