MP Padang Serai mohon maaf

Johari. Tangkap layar menerusi hantaran di X pada Khamis.
Johari. Tangkap layar menerusi hantaran di X pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin diarah memohon ampun atas kekhilafan menyebut nama Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim semasa perbahasan Titah Diraja.

Susulan itu, Azman telah memohon maaf secara terbuka di Dewan Rakyat berikutan arahan yang dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul pada Khamis.

Dalam pada itu, Johari menerusi hantaran di X berkata, walaupun ahli Parlimen mempunyai keistimewaan hak bersuara apabila di dalam Dewan Rakyat seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 63 Perlembagaan Persekutuan, mereka juga perlu berhati-hati apabila berbahas.

“Dengan keistimewaan ini, ada tanggungjawab yang besar besar seiring dengannya.

“Perbahasan yang jitu adalah cerminan kepada penyampaian penuh adab, santun dan tidak mengelirukan,” katanya.

Sebelum ini, Johari telah mengarahkan ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) itu membuat demikian kerana kesalahan berkenaan amat serius.

Johari turut mengingatkan kepada semua ahli Parlimen agar berhati-hati dalam menuturkan kata-kata terutama membabitkan nama Yang di-Pertuan Agong.

Artikel Berkaitan: