Lotus's tawar diskaun sehingga 50 peratus sempena Ramadan, Aidilfitri

Azliza (barisan belakang, empat kanan) bersama maskot watak animasi BoBoiboy yang menjadi tarikan sepanjang tempoh promosi Sama-Sama Riang Berganda.
Azliza (barisan belakang, empat kanan) bersama maskot watak animasi BoBoiboy yang menjadi tarikan sepanjang tempoh promosi Sama-Sama Riang Berganda.
A
A
A

PELANGGAN Lotus’s Stores Malaysia Sdn Bhd (Lotus's Malaysia) berpeluang menyambut Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri dengan penjimatan hebat sehingga 50 peratus untuk 3,600 jenis barang keperluan di bawah tema Sama-Sama Riang Berganda.

Promosi, ganjaran dan aktiviti Sama-Sama Riang Berganda dapat dinikmati oleh pelanggan bermula Khamis sehingga 24 April depan.

Barang keperluan itu membabitkan makanan, minuman, bahan-bahan segar, pakaian, peralatan dapur dan memasak, bahan masakan, produk pencuci, serta kelengkapan untuk rumah terbuka.

Pengarah Khidmat Korporat Lotus’s Malaysia, Azliza Azmel berkata, sebanyak 22 cawangan Lotus's akan mengadakan bazar dalam stor peruncit tersebut yang diperkenalkan sebagai Raya World.

"Hari raya merupakan salah satu perayaan terbesar di seluruh Malaysia dan kemeriahannya boleh dirasai semasa bulan puasa lagi.

“Ini kerana orang ramai akan membeli-belah barangan keperluan seisi rumah bagi persiapan untuk perayaan raya yang bakal tiba.

Ikan cencaru dan kembung dijual pada harga hanya RM1 seekor sempena promosi Sama-Sama Riang Berganda.
Ikan cencaru dan kembung dijual pada harga hanya RM1 seekor sempena promosi Sama-Sama Riang Berganda.

“Disebabkan ramai yang semakin bimbang dengan kadar peningkatan kos sara hidup, kami ingin menawarkan harga barangan yang terbaik serta pelbagai rangkaian produk kepada pelanggan yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat,” katanya pada program ‘Lotus’s Ampang Raya World Walkabout’ di sini.

Artikel Berkaitan:

Azliza menjelaskan, buat julung kalinya, rangkaian Lotus's Ramadan dan hari raya juga merangkumi 18 jenis kurma seperti Safawi, Al-Madinah, Rabbie, Premium Lulu, Khenaizi, Dabbas, Mazafati, Medjool, Kurma Diraja Ajwa Aliyah dan Mariami yang diimport dari negara seperti Palestin, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Iran, Arab Saudi, Mesir dan Turnisia.

Menurut beliau, Lotus's turut menawarkan harga runtuh bagi barangan segar seperti RM1 untuk seekor ikan kembung atau cencaru serta RM4 untuk seekor bawal hitam.

“Pelanggan juga dapat menikmati diskaun tambahan sebanyak 28 peratus untuk 200 rangkaian produk jenama Lotus's,” tambahnya.

Sempena tahun persekolahan baharu yang berselari bersama bulan Ramadan pula, Azliza berkata, rangkaian Back to School Lotus's yang terdiri daripada pakaian sukan, pakaian seragam sekolah rendah dan menengah dan alat tulis boleh didapati di 44 cawangan Lotus's di serata negeri.

"Bagi mereka yang inginkan lebih penjimatan, kami juga menyediakan Jualan Rahmah Raya yang menawarkan diskaun sebanyak 40 peratus untuk peralatan dapur, alat tulis terpilih dan pakaian raya di 60 cawangan Lotus's.

“Bukan itu sahaja, kami juga menawarkan rangkaian Rahmah bagi pakaian seragam sekolah rendah dengan harga RM11.90 hingga RM22.90 di 44 cawangan kami. Kesemua 61 Medan Selera Lotus's akan terus menawarkan Menu Rahmah yang berharga RM5,” ujarnya.

Bukan setakat terhad kepada pasar rayanya sahaja, Lotus's juga akan menganjurkan program dan aktiviti menyeronokkan dengan penampilan watak animasi kegemaran rakyat Malaysia, BoBoiBoy di 11 buah cawangan terpilih pusat beli-belah Lotus's.

Aktiviti berkenaan yang nantikan seperti sesi ‘Meet & Greet’, permainan digital, bengkel seni dan kraf serta pelbagai pertandingan selain barangan berjenama animasi tersebut juga boleh didapati di kawasan promosi dan di dalam stor Lotus's.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28