Kanak-kanak autisme lemas: Polis akan rakam keterangan bapa

Laporan Sinar Harian pada Rabu.
Laporan Sinar Harian pada Rabu.
A
A
A

PETALING JAYA - Polis akan merakam keterangan bapa kepada kanak-kanak lelaki autisme yang lemas di tasik dekat Taman Aman di sini Selasa lalu dalam masa terdekat.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail berkata, pihaknya sebelum ini telah merekod keterangan daripada dua individu yang menemui mangsa di lokasi kejadian.

"Polis akan merakam keterangan bapa mangsa untuk siasatan berkaitan pengabaian dan kecuaian oleh penjaga di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Shahrulnizam
Shahrulnizam

"Bedah siasat yang dijalankan sebelum ini mendapati punca kematian mangsa disebabkan lemas dan siasatan akan dijalankan melibatkan semua aspek," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di sini pada Khamis.

Sinar Harian pada Rabu melaporkan, polis akan menjalankan siasatan jika terdapat unsur pengabaian dan kecuaian penjaga dalam kes kanak-kanak lelaki autisme lemas di tasik dekat Taman Aman di sini.

Mangsa sebelum itu dilaporkan hilang ketika bermain bersama kembarnya di sebuah taman tasik rekreasi kira-kira jam 3.30 petang sebelum ditemui dalam keadaan terapung di permukaan tasik berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28