Remaja maut tertimbus ketika mendulang emas

Lokasi kejadian mangsa tertimbus ketika mendulang emas di Kampung Pantos, Sungai Koyan pada Rabu.
Lokasi kejadian mangsa tertimbus ketika mendulang emas di Kampung Pantos, Sungai Koyan pada Rabu.
A
A
A

LIPIS - Seorang remaja maut tertimbus tanah dipercayai ketika mendulang emas di Kampung Pantos, Sungai Koyan di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd Noor berkata, mangsa dikenali sebagai Budiman Johan, 18.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, kejadian berlaku ketika mangsa bersama empat rakan sedang melakukan aktiviti menggali tanah menggunakan tangan untuk mendulang emas di lokasi itu.

"Ketika melakukan penggalian, tanah yang digali dipercayai terjatuh menyebabkan mangsa tertimbus.

"Rakan-rakannya segera membantu dan berjaya mengeluarkan mangsa dari timbunan tanah sebelum membawanya pulang ke rumah di Pos Pantos," katanya.

Azli berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Klinik Kesihatan Sungai Koyan sebelum kematiannya dimaklumkan kepada pihak polis oleh Tok Batin kampung berkenaan jam 12 tengah hari pada Rabu.

"Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk proses bedah siasat," jelasnya.

Azli berkata, berdasarkan maklumat, mangsa bersama empat rakannya ke pergi tempat kejadian kira-kira 3 pagi sebelum melakukan aktiviti mendulang dalam kawasan sebuah ladang sawit.

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!