Dua wanita antara 16 ditahan curi kabel, rampasan RM1.5 juta

Polis menahan 16 individu termasuk dua wanita disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri kabel dan pelbagai komponen di sekitar daerah ini sejak tahun lepas dengan nilai keseluruhan rampasan berjumlah kira-kira RM1.5 juta.Gambar hiasan
Polis menahan 16 individu termasuk dua wanita disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri kabel dan pelbagai komponen di sekitar daerah ini sejak tahun lepas dengan nilai keseluruhan rampasan berjumlah kira-kira RM1.5 juta.Gambar hiasan
A
A
A

SEREMBAN - Polis menahan 16 individu termasuk dua wanita disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri kabel dan pelbagai komponen di sekitar daerah ini sejak tahun lepas dengan nilai keseluruhan rampasan berjumlah kira-kira RM1.5 juta.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, penahanan suspek berusia 25 hingga 50 tahun pada 21 Februari lepas itu susulan kes kecurian DC power kabel di Taman Kelab Tuanku di sini, membabitkan kerugian RM10,000.

"Semakan mendapati empat daripada mereka mempunyai rekod lampau membabitkan pelbagai jenayah. Modus operandi kumpulan ini mencuri kabel milik Syarikat Telekomunikasi (Telco) di pencawang yang menjadi sasaran mereka.

"Selain itu, mereka turut mencuri kabel serta beberapa komponen seperti Radio Remote Unit (RRU), Lithium Bateri and Wire kabel dengan tujuan menjual semula kepada Telco lain bagi mengaut keuntungan yang lumayan,” katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Mohamad Hatta berkata, komponen-komponen yang tidak boleh dijual semula kepada pihak Telco akan dijual kepada kedai besi buruk.

Justeru, beliau meminta mana-mana Telco serta orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes kecurian kabel ini untuk tampil memberi keterangan atau menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat kes Inspektor Saidi Busman di talian 011-31558034.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 431(a) dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: