Iran nafi pesawat Ukraine terkena peluru berpandu

Sebahagian bangkai pesawat Ukraine International Airlines yang terhempas di berhampiran kawasan Parand, sebuah bandar di daerah Robat Karim.
Sebahagian bangkai pesawat Ukraine International Airlines yang terhempas di berhampiran kawasan Parand, sebuah bandar di daerah Robat Karim.
A
A
A

TEHERAN - Menteri Pengangkutan Iran, Mohammad Eslami menolak sekerasnya-kerasnya dakwaan nahas pesawat Ukraine International Airlines yang terhempas di selatan ibu negara Iran, Teheran awal pagi kelmarin disebabkan terkena peluru berpandu.

Nahas yang mengorbankan 176 penumpang dan anak kapal itu berlaku ketika Iran melancarkan serangan ke atas pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Iraq.

"Terdapat khabar angin bahawa serangan pengganas, letupan atau tembakan yang menyebabkan pesawat itu terhempas. Ia tidak benar sama sekali.

"Kegagalan teknikal menyebabkan pesawat itu terhempas dan terbakar," katanya.

Tambah Eslami, terdapat beberapa saksi boleh mengesahkan kejadian itu.

Dalam kejadian awal pagi kelmarin, pesawat Boeing 737-800 itu dalam perjalanan ke Kiev ketika ia terhempas berhampiran kawasan Parand, sebuah bandar di daerah Robat Karim.

Menurut data FlightAware, pesawat malang itu berada pada ketinggian lebih 7,000 kaki sebelum terputus hubungan komunikasi secara tiba-tiba. - Agensi

Artikel Berkaitan: