Remaja lemas jatuh sungai ketika cuci kain

Mayat mangsa dibawa naik ke darat selepas ditemui lemas di Sungai Ansip, Kampung Ansip, Sook.
Mayat mangsa dibawa naik ke darat selepas ditemui lemas di Sungai Ansip, Kampung Ansip, Sook.
A
A
A

KENINGAU - Seorang remaja perempuan ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Ansip ketika mencuci kain dalam kejadian di Kampung Ansip, Sook dekat sini pada petang Rabu.

Mayat Juliana Gabriel, 17, ditemukan oleh pasukan bomba pada jam 7.18 malam selepas kira-kira satu jam menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau, Sharudy Delamin berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 6.12 petang.

Pasukan bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat di permukaan sungai dan secara selaman di kawasan mangsa dilaporkan hilang.
Pasukan bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat di permukaan sungai dan secara selaman di kawasan mangsa dilaporkan hilang.

Menurutnya, seramai sembilan anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh tujuh kilometer dari BBP Keningau.

"Menurut saksi, mangsa dikatakan sedang mencuci pakaian sebelum tergelincir ke dalam sungai.

"Pasukan bomba kemudian menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di permukaan sungai dan secara selaman di kawasan mangsa dilaporkan hilang.

Artikel Berkaitan:

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

"Mangsa akhirnya ditemukan pada jarak kira-kira tiga meter dari lokasi dia dilaporkan tergelincir pada kedalaman tiga meter dan disahkan meninggal dunia," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Sharudy berkata, mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan pada jam 9.20 malam.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28