Remaja lemas terjatuh ketika memancing

Mayat mangsa yang ditemukan orang awam. Kejadian lemas berlaku di Tanah Merah - Gambar sekadar hiasan.
Mayat mangsa yang ditemukan orang awam. Kejadian lemas berlaku di Tanah Merah - Gambar sekadar hiasan.
A
A
A

TANAH MERAH - [DIKEMAS KINI] Seorang remaja ditemukan lemas dipercayai terjatuh ke dalam anak sungai ketika memancing bersama rakannya di Kampung Bukit Gading dekat sini pada Khamis.

Mangsa, Muhammad Shahrizal Azuha, 17, meninggal dunia dalam kejadian pada jam 12.19 tengah hari.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanah Merah, Pegawai Bomba Kanan II (PBKII), A Kamal Hakim Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam serta bergegas ke lokasi bagi usaha mencari dan menyelamat.

Menurutnya, seramai lapan anggota dari BBP Tanah Merah bersama satu jentera digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, mangsa sudah ditemukan orang awam dan dibawa ke darat.

“Mangsa mempunyai sejarah penyakit sawan dan terjatuh ketika memancing di kawasan anak sungai itu,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Anak sungai tempat mangsa memancing sebelum ditemukan lemas.
Anak sungai tempat mangsa memancing sebelum ditemukan lemas.

Muhammad Shahrizal berkata, mayat kemudiannya diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan:

“Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Tanah Merah bagi proses bedah siasat manakala operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.04 petang,” ujarnya

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintanden Mohd Haki Hasbullah dalam satu kenyataan mengesahkan kejadian itu dan memberitahu pihaknya mengambil keterangan saksi.

Beliau turut menasihatkan orang awam supaya lebih berhati-hati semasa melakukan aktiviti pada musim tengkujuh bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

“Berdasarkan keterangan daripada saksi, mangsa dilihat terjatuh ketika memancing di atas jambatan sungai tersebut.

“Saksi cuba memanggil mangsa tetapi dia sudah tenggelam dan kes sini diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!