Cuaca panas di Kedah boleh cecah 40 darjah Celsius hari ini

Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengeluarkan amaran gelombang haba tahap dua di negeri Kedah dengan suhu boleh mencecah 40 darjah Celsius sepanjang hari ini.
Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengeluarkan amaran gelombang haba tahap dua di negeri Kedah dengan suhu boleh mencecah 40 darjah Celsius sepanjang hari ini.
A
A
A

ALOR SETAR - Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengeluarkan amaran gelombang haba tahap dua di negeri Kedah dengan suhu boleh mencecah 40 darjah Celsius sepanjang hari ini.

Daerah yang dikesan dilanda titik panas adalah Pokok Sena, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Pendang, Kota Star, dan Langkawi.

Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) negeri Kedah, Muhammad Khalil Abd Aziz, berkata, suhu pada waktu siang hari di Pokok Sena boleh turun naik antara 37 darjah hingga 40 darjah Celsius dalam tempoh tiga hari akan datang.

"Manakala bagi Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Pendang, Kota Star dan Langkawi pula suhu diramalkan antara 35 darjah hingga 37 darjah Celsius bagi tempoh yang sama," katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.

Sementara itu, beliau menasihatkan penduduk di negeri ini supaya berhati-hati ketika cuaca panas melampau.

Beliau turut menitipkan pesanan supaya menghadkan aktiviti luar bagi mengelakkan terkena cuaca panas.

"Jika anda perlu keluar, pilih pakaian berwarna terang, pakai topi dan gunakan payung.

"Selain itu, jika berada dalam rumah, gunakan penghawa dingin dan kipas angin dan yang paling penting, kekalkan terhidrasi dengan meminum banyak air dan meminimumkan pengambilan minuman berkafein," kata Muhammad Khalil lagi. - Awani

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!