Kerian, Ipoh tentukan kejuaraan Piala Presiden PAFA

Mohd Yusuf (kiri) dan Kapten Ipoh, Muhammad Shahrin Aiman Mohd Shaberi bersama selepas sidang media Piala Presiden PAFA di Pejabat PAFA semalam.
Mohd Yusuf (kiri) dan Kapten Ipoh, Muhammad Shahrin Aiman Mohd Shaberi bersama selepas sidang media Piala Presiden PAFA di Pejabat PAFA semalam.
A
A
A

DAERAH Kerian dan Ipoh berjanji akan berjuang berhabis-habisan bagi merebut kejuaraan Piala Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) 2019 pada perlawanan akhir di Stadium Perak, Sabtu ini.

Pengurus Kerian, Nazirul Jamaluddin berkata, beliau optimis pasukannya akan mempamerkan persembahan yang bermutu tinggi selepas hampir tiga minggu membuat persiapan rapi.

Katanya, meskipun mengakui lawan yang akan ditentang bukan calang-calang pasukan, namun itu bukan halangan untuk anak buahnya mencuba untuk meraih kejuaraan.

“Persiapan kami untuk menuju ke perlawanan akhir ini dalam kondisi yang sangat baik selepas menumbangkan Larut Matang Selama (LMS) 2-1 pada aksi separuh akhir pada 22 Disember lalu.

“Untuk sampai ke tahap ini (perlawanan akhir) juga bukan satu perkara yang mudah, jadi kami akan berusaha bersungguh-sungguh untuk pastikan piala ini dapat dibawa balik ke Kerian," katanya pada pada sidang media di Pejabat PAFA, di sini hari ini.

Sementara itu, pengurus Ipoh, Khir Johari Mohasisin berkata, beliau lebih selesa skuad kendaliannya dilabelkan sebagai pasukan bukan pilihan meskipun berjaya membelasah Kampar 5-0 pada aksi separuh akhir pada 22 Disember lalu.

“Walaupun kami menang dengan jaringan 5-0 pada separuh akhir, namun pada perlawanan akhir nanti suasana dan auranya akan berubah dan yang pasti kedua-dua pasukan berpeluang menjadi juara," katanya.

Beliau berkata, persiapan pasukannya juga berada pada tahap terbaik dan semua pemain utama bebas daripada sebarang kecederaan.

Artikel Berkaitan:

Piala Presiden PAFA 2019 anjuran PAFA telah bermula pada 14 Disember lalu dan telah menampilkan 12 pasukan dari setiap daerah seluruh Perak.

Pasukan juara akan membawa pulang RM7,000 berserta piala iringan, manakala naib juara meraih wang tunai RM4,000. - Bernama