Manchester City waspada muslihat Luton Town

Pep Guardiola. Foto AFP
Pep Guardiola. Foto AFP
A
A
A

KELAB sensasi Inggeris, Manchester City menjangkakan tentangan sengit pasukan bajet kecil Luton Town apabila kedua-dua pasukan berentap dalam Pusingan Kelima Piala FA, ujar pengendali The Citizens, Pep Guardiola.

City, pemenang kejuaraan ketujuh Piala FA selepas menjinakkan kelab setempat Manchester United 2-1 I di Wembley musim lalu, berkunjung ke Kenilworth Road.

Angkatan Guardiola menang 2-1 di laman sama dalam aksi liga pada Disember, namun Guardiola percaya kelab ketiga tercorot Liga Perdana Inggeris mula mempamerkan peningkatan ketika ini.

“Tidak kira sama ada anda berdepan pasukan bahagian atas, bawah atau tengah Liga Perdana Inggeris. Cabarannya tetap sama iaitu bermain tanpa rasa takut.

“Mereka bermain seperti biasa tetapi mempunyai kebolehan dan banyak meningkat sejak kebelakangan ini selepas kali terakhir kedua-duanya bertemu.

“Mereka kini bermain sangat baik dengan bola. Ia adalah pasukan Liga Perdana Inggeris pasukan lawan Liga Perdana dalam Piala FA, saya tidak menjangkakan ia akan berbeza sepanjang tahun berada di England,” kata Guardiola kepada pemberita.

Sebagai rekod, City mengurangkan jurang dengan pendahulu Liverpool kepada satu mata selepas menang 1-0 di Bournemouth hujung minggu.

Mengintai kejuaraan liga keempat berturut-turut, City berada di tangga kedua liga dengan 59 mata, lebih satu mata daripada Arsenal di tangga ketiga.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Guardiola berkata, motivasi untuk mengekalkan kejayaan selepas kempen memenangi tiga kali ganda tetap sama.

“Saya tidak mempunyai sebarang keraguan bahawa kami akan mencuba. Hanya tinggal dua setengah bulan musim ini dan kami tiba di sini.

“Mulai esok, setiap perlawanan yang kami mainkan adalah seperti perlawanan akhir: Bahagian penentu musim ini sudah tiba, dan kami akan melakukannya.

“Apabila anda bermain dalam pusingan 16 terbaik mana-mana pertandingan, kami tahu betapa sukarnya, tetapi ia ujian yang baik untuk mencari rentak kami, konsistensi mental kami. Untuk mengetahui apa yang kami ada pada bulan depan, semua orang tahu untuk apa kami bermain,” tambah pengendali kelahiran Sepanyol itu.

PIALA FA

PUSINGAN KELIMA

Rabu (28 Februari)

Bournemouth lwn Leicester City, 3.30 pagi

Blackburn Rovers lwn Newcastle United, 3.45 pagi

Luton Town lwn Manchester City, 4 pagi

Khamis (29 Februari)

Chelsea lwn Leeds United, 3.30 pagi

Nottingham Forest lwn Manchester United, 3.45 pagi

Wolverhampton lwn Brighton 3.45 pagi

Liverpool lwn Southampton, 3.45 pagi