Lelaki perdaya kontraktor beri rasuah RM150,000 ditahan SPRM

SPRM Sabah menahan seorang lelaki yang memperdaya seorang kontraktor untuk memberikan wang rasuah kira-kira RM150,000 sebagai balasan bagi mendapatkan projek. - Gambar hiasan
SPRM Sabah menahan seorang lelaki yang memperdaya seorang kontraktor untuk memberikan wang rasuah kira-kira RM150,000 sebagai balasan bagi mendapatkan projek. - Gambar hiasan
A
A
A

KOTA KINABALU - Tindakan seorang lelaki memperdaya seorang kontraktor untuk memberikan wang rasuah kira-kira RM150,000 sebagai balasan bagi mendapatkan projek membawa padah apabila ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah pada Isnin.

Menurut sumber, suspek berusia lingkungan 60-an itu telah meminta dan menerima wang rasuah tersebut kononnya bagi membantu kontraktor berkenaan mendapatkan projek di sebuah sekolah di Beluran yang bernilai kira-kira RM1.5 juta sedangkan projek itu tidak wujud.

"Kejadian itu dilakukan suspek sekitar tahun 2019 di mana suspek menyatakan akan membantu mangsa untuk mendapatkan projek terbabit.

"Suspek yang bekerja sendiri telah ditahan di Pejabat SPRM Sabah kira-kira jam 10.30 pagi tadi ketika hadir bagi memberi keterangan," katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

"Suspek akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu pada Selasa," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: