'Saya dah tukar nombor plat ikut spesifikasi JPJ' - Young Syefura

Tular di X berhubung nombor plat pendaftaran kenderaan Young Syefura tidak mengikut spesifikasi JPj. (Gambar kecil: Young Syefura)
Tular di X berhubung nombor plat pendaftaran kenderaan Young Syefura tidak mengikut spesifikasi JPj. (Gambar kecil: Young Syefura)
A
A
A

KUANTAN - Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menjelaskan sudah menukar plat nombor pendaftaran kenderaan miliknya mengikuti spesifikasi ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Beliau menjelaskan perkara berkenaan kes lama dan mengakui kesalahan itu pernah dilakukannya sebelum ini.

"Ya betul ada kesalahan yang dibuat tapi saya telah menukar nombor plat tersebut," katanya menerusi aplikasi X pada Sabtu.

Dalam hantaran itu, Young Syefura turut memaparkan plat nombor kenderaannya yang sudah ditukar mengikut spesifikasi yang ditetapkan JPJ.

"Kenapa recyle isu yang lama berulang-ulang? Ini nombor plat sekarang di kedua-kedua kereta. Untuk pengetahuan pihak JPJ pun ada keluarkan notis bagi mengarahkan nombor plat kenderaan ditukar mengikut spesifikasi.

"Jadi jangan fitnah JPJ kata tiada ambil tindakan," kata beliau lagi.

Sebelum ini, tular foto nombor plat kenderaan milik Young Syefura yang dikatakan tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.

Artikel Berkaitan: