Lelaki warga asing maut digilis kereta api

Mayat seorang lelaki warga asing ditemui maut dipercayai digilis kereta api di tepi landasan berdekatan kawasan perindustrian di Jalan Pelabuhan Utara pada Rabu.
Mayat seorang lelaki warga asing ditemui maut dipercayai digilis kereta api di tepi landasan berdekatan kawasan perindustrian di Jalan Pelabuhan Utara pada Rabu.
A
A
A

KLANG - Seorang lelaki warga asing maut digilis kereta api di tepi landasan berdekatan kawasan perindustrian di Jalan Pelabuhan Utara dekat sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, laporan diterima berkaitan kejadian kira-kira jam 11.35 pagi.

"Pusat kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan menerima panggilan daripada seorang individu memaklumkan menemui mayat seorang lelaki dipercayai terlibat dengan kemalangan melibatkan kereta api.

"Semakan mendapati mangsa merupakan seorang lelaki warga asing berumur 19 tahun ditemukan dalam keadaan tidak berbaju selain hanya memakai seluar panjang," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Menurutnya, siasatan mendapati mangsa mengalami kecederaan di bahagian bawah paras kedua belah lutut.

"Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai digilis kereta api sebelum maut di tempat kejadian.

"Mayat mangsa kemudiannya di bawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk proses bedah siasat," katanya.

Dalam pada itu, Hoong Fong berkata, setakat ini pihaknya mendapati tiada sebarang unsur jenayah di lokasi kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

Artikel Berkaitan:

"Sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh disalurkan di mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi terus IPD Klang Selatan di talian 03-33762222 untuk siasatan lanjut," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28