Johnathan intai podium di Paris

Johnathan giat menjalani latihan menjelang 154 hari menuju Sukan Olimpik Paris 2024.
Johnathan giat menjalani latihan menjelang 154 hari menuju Sukan Olimpik Paris 2024.
A
A
A

PENEMBAK negara, Johnathan Wong memasang impian besar untuk berada di pentas podium pada Sukan Olimpik Paris 2024 yang berbaki 154 hari lagi.

Beliau yang berada di pentas Olimpik buat kali kedua turut menyasarkan untuk meraih mata tertinggi bagi membolehkannya berada dalam saingan final sebelum membuat percaturan seterusnya.

“Secara peribadi saya meletakkan sasaran untuk naik podium kerana ini adalah Olimpik kedua.

“Apa yang penting layak ke final dahulu dan saya sedang mengenal pasti kelemahan dan cuba memperbaikinya,” katanya.

Beliau ditemui media di Lapang Sasar Menembak, Gimnasium 3, Majlis Sukan Negar (MSN), Bukit Jalil selepas menerima kunjungan ketua kontinjen negara, Datuk Hamidin Mohd Amin dan timbalannya, Datuk Nicol David.

Johnathan juga merupakan salah seorang atlet negara yang berjaya layak ke Olimpik, tetapi tidak berada dalam program Road To Gold (RTG).

Atlet berusia 30 tahun itu bagaimanapun berkata tiada masalah sekiranya tidak berada dalam RTG kerana baginya ia tidak memainkan peranan penting.

“Bukan nak cerita RTG membantu atau tidak, tapi saya lebih fokus kepada tugas iaitu buat yang terbaik untuk ke Olimpik.

Artikel Berkaitan:

“RTG atau tidak, perjalanan akan sama. Jadi ia tidak akan memberi perbezaan kepada saya,” katanya.

Beliau juga mengakui tidak dapat 'lari' daripada tekanan, namun enggan terlalu memikirkan perkara itu.

“Tekanan akan sentiasa ada, tapi saya tidak mahu fikir. Saya juga dapat kawal jangkaan lebih baik kerana ini adalah temasya kedua. Lagi pun saya ada pasukan, jadi mereka sudah kenal pasti beberapa perkara untuk tingkatkan prestasi saya.

“Jadi saya yakin Olimpik kali ini akan lebih baik berbanding sebelum ini kerana persiapan lebih baik,” ujar Johnathan.