Mat Ropi tak sabar berdepan Denkao San di Titiwangsa

Mohd Rafi (kiri) akan bertarung dengan Denkao San di Stadium Titiwangsa.
Mohd Rafi (kiri) akan bertarung dengan Denkao San di Stadium Titiwangsa.
A
A
A

PETINJU Kelab Muay Thai Kuda Merah PDRM, Mohd Rafi Abdul Manaf sudah bersedia berdepan legenda Thailand, Wan Muhammad Kittyyamat dari Kelab Red Wolves di pentas King of The Ring Kejohanan JWP-DBKL Kuda Merah Muay Thai Challenge 2024 pada Sabtu.

Malah, Mohd Rafi yang lebih dikenali sebagai Mat Ropi menegaskan tidak gentar untuk menghadirkan tentangan terhadap petinju yang dilabel Denkao San tersebut.

“Saya menjangkakan cabaran sengit apabila berdepan legenda Thailand, Denkao San kerana pengalaman bertinju berpihak kepada dia.

“Tambahan pula Denkao San baru sahaja memenangi beberapa siri kejuaraan di Thailand dan Kemboja.

“Biarpun begitu berdasarkan persiapan rapi yang saya lakukan dengan bantuan jurulatih saya yakin mampu memberi saingan sengit kepada Deanko San,” kata petinju kelahiran Kelantan yang mengharapkan sokongan peminat muay thai tempatan hadir memberikan sokongan.

Barisan depan, dari kiri, Mohd Rafi antara petarung yang menyahut cabaran dalam King of The Ring Kejohanan JWP-DBKL Kuda Merah Muay Thai Challenge 2024. Foto ROSLI TALIB
Barisan depan, dari kiri, Mohd Rafi antara petarung yang menyahut cabaran dalam King of The Ring Kejohanan JWP-DBKL Kuda Merah Muay Thai Challenge 2024. Foto ROSLI TALIB

Sebagai rekod seramai 28 petinju muay thai dalam dan luar negara akan berentap merebut gelaran dalam kejohanan edisi ke-73 di Stadium Titiwangsa Kuala Lumpur itu.

Kepada yang berminat menyaksikan boleh melakukan pembelian tiket dengan menghubungi 012-7864930 (Whatapps) untuk maklumat lanjut.

Artikel Berkaitan:

INFO

Kejohanan JWP-DBKL Kuda Merah Muay Thai Challenge 2024

SABTU (24 FEBRUARI)

Aiman Harith (Akademi Kuda Merah) lwn Zarif Danial (Akademi Jasin) (KMKM)

Hazami (Tommy PDRM Pulapol KL) lwn Syakir (FGTS Muaythai Gym)

Ahmad Hafizi (Jordan Top Team) lwn Zul Fazlie Shahmi Zaizul Shahram (FDM Muaythai)

IKmal Arief Kamarul Azlan (Hybrid Muaythai) lwn Lin Kai Tze (Shark Muaythai)

Damia Khaulah (Cosmic Johor) lwn Raja Izaty (Head Hunter Perak)

Akid Mikdam (Cosmic Johor) lwn Haikal (Hallo Fight Club)

Mohd Rafi Manaf (Kuda Merah PDRM) lwn Wan Muhammad Kittyyamat (Red Wolves)

AHAD (25 FEBRUARI)

Farish Hakimi (Akademi Kuda Merah) lwn Muhammad Izzat Fitri (Muaythai Port Dickson)

Nizam Joeffery (Kuda Merah Selatan) lwn Zahid (Singa Utara)

Tuah Tarmizi (Gorilla Muaythai) lwn Zufry Iskandar (Taring Muaythai)

Umar Usman (Red Wolves) lwn Ariq Penang (Attitude Muay Gym)

Samuel Raj (Selendang Kuning Studio) lwn Phitserithai (Rizq Muaythai)

Pet Sangoan (Yala Thailand) lwn Muhammad Ali Yaakub (Attitude Muay Gym)

Mohd Amirul Ariffin (Kuda Merah PDRM) lwn Nawid Ullah Bakshi (Sampuri Ampang)

* Semua perlawanan bermula jam 8.30 malam di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!