Letupan gas: Dua maut dikenal pasti lelaki warga asing

Mohd Fairus (tengah) bercakap kepada media berhubung kejadian letupan gas di Taman Perindustrian Puchong Utama, Puchong, Selangor pada Jumaat.
Foto: HISYAMUDDIN AYUB.
Mohd Fairus (tengah) bercakap kepada media berhubung kejadian letupan gas di Taman Perindustrian Puchong Utama, Puchong, Selangor pada Jumaat. Foto: HISYAMUDDIN AYUB.
A
A
A

PUCHONG - Dua individu yang maut dalam kejadian letupan gas di Taman Perindustrian Puchong Utama dekat sini, dikenal pasti sebagai warga asing.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintenden Mohd Fairus Jaafar berkata, kedua-dua mangsa adalah lelaki yang dianggarkan berusia 30-an, namun pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti identiti mangsa.

Mohd Fairus (tengah) bercakap kepada media berhubung kejadian letupan gas di Taman Perindustrian Puchong Utama, Puchong, Selangor pada Jumaat.
Foto: HISYAMUDDIN AYUB.
Mohd Fairus (tengah) bercakap kepada media berhubung kejadian letupan gas di Taman Perindustrian Puchong Utama, Puchong, Selangor pada Jumaat. Foto: HISYAMUDDIN AYUB.

Beliau berkata, mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Serdang bagi proses bedah siasat.

"Dalam kejadian terbabit, dua lagi mangsa iaitu rakyat tempatan cedera parah dan ringan turut dirawat di hospital sama," katanya dalam sidang akhbar di lokasi kejadian pada Jumaat.

Menurut Mohd Fairus, siasatan awal turut mendapati premis tersebut merupakan sebuah kilang besi yang telah beroperasi sejak 10 tahun lalu.

Jelas beliau, pemeriksaan dijalankan mendapati kilang terbabit mempunyai lesen perniagaan di bawah Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), namun siasatan lanjut sedang dijalankan.

Menurut beliau, kejadian tersebut membabitkan bangunan lot kedai satu tingkat iaitu kilang besi.

Artikel Berkaitan:

"Kita akan mengambil keterangan pemilik premis bagi menjalankan siasatan lanjut dan mangsa dikategorikan sebagai mati mengejut (SDR).

"Pemeriksaan di lokasi kejadian terdapat beberapa tong gas ditemukan.

"Dalam insiden ini, ada empat pekerja yang bekerja dalam premis tersebut," ujarnya.

Tambah beliau, setakat ini punca kejadian dipercayai akibat satu tong gas acetylene yang meletup.

Dua individu disahkan meninggal dunia, manakala dua lagi dipercayai mengalami cedera dalam letupan gas acetylene dalam kejadian tersebut.