Dua maut, dua cedera gas acetylene meletup

Pihak bomba melakukan proses pembersihan selepas kejadian letupan gas di sebuah kilang di Puchong Utama, Puchong, Selangor pada Jumaat. - Foto: JBPM
Pihak bomba melakukan proses pembersihan selepas kejadian letupan gas di sebuah kilang di Puchong Utama, Puchong, Selangor pada Jumaat. - Foto: JBPM
A
A
A

PUCHONG - Dua individu maut manakala dua lagi cedera dalam satu kejadian letupan gas di sebuah kilang di Puchong Utama, dekat sini pada Jumaat.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 10.14 pagi melibatkan kejadian letupan gas di Taman Perindustrian Puchong Utama.

Menurutnya, seramai 24 anggota dan pegawai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong, BBP Subang dan BBP Cyberjaya dikejarkan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, ketika tiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati letupan tersebut melibatkan gas acetylene di sebuah kilang berkeluasan 2.78x5.57 meter persegi.

"Terdapat empat orang mangsa yang terlibat. Dua orang disahkan maut dan dua lagi cedera.

"Kerja-kerja ventilation sedang dilakukan untuk mengeluarkan gas yang masih berada di dalam kilang," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Tambahnya, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut berada di lokasi dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari masa ke masa.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!