Remaja dirogol selepas main video game

Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dipercayai dirogol selepas bermain permainan video bersama kawan lelakinya di rumah neneknya di daerah ini, baru-baru ini. Gambar hiasan
Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dipercayai dirogol selepas bermain permainan video bersama kawan lelakinya di rumah neneknya di daerah ini, baru-baru ini. Gambar hiasan
A
A
A

TAMPIN - Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dipercayai dirogol selepas bermain permainan video bersama kawan lelakinya di rumah neneknya di daerah ini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Amiruddien Sariman berkata, kejadian pada 15 Februari lalu itu terbongkar selepas ibu mangsa terbaca perbualan mengenai kejadian rogol tersebut di telefon bimbit mangsa.

"Ibu mangsa telah memeriksa telefon bimbit mangsa dan melihat terdapat perbualan mengenai kejadian rogol tersebut melalui aplikasi WhatsApp antara mangsa dan suspek berusia 16 tahun.

"Mangsa kemudian telah membuat laporan polis pada 18 Februari lalu dan kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin telah menangkap remaja lelaki terbabit," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, berdasarkan siasatan, suspek yang juga kawan mangsa telah datang ke rumah nenek mangsa untuk bermain permainan video bersama-sama.

Bagaimanapun, katanya, kira-kira jam 3.20 petang semasa mangsa berada di dalam bilik, suspek telah mengajak mangsa melakukan hubungan seks.

“Mangsa telah melakukan perkara itu bersama suspek. Setelah selesai melakukan hubungan seks, suspek terus keluar dari rumah nenek mangsa.

“Suspek direman selama empat hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!