‘Kami miliki banyak potensi untuk lebih maju’ - Stefano Pioli

Stefano Pioli - FOTO: AFP
Stefano Pioli - FOTO: AFP
A
A
A

AC Milan mara ke pusingan 16 terbaik Liga Europa walaupun hatrik Benjamin Bourigeaud memastikan kemenangan 3-2 Stade Rennais ke atas gergasi Serie A Itali tersebut di Roazhon Park awal pagi Jumaat.

Rennes sebelum itu berdepan cabaran sukar selepas Milan memperoleh kemenangan 3-0 di San Siro pada perlawanan pertama, bermula dengan agresif ketika beraksi di dalam hujan.

Bourigeaud menjaringkan gol dengan rembatan padu selepas 11 minit permainan sebelum Luka Jovic menyamakan kedudukan menerusi tandukan pada pada minit ke 22.

Begitupun Bourigeaud sekali lagi mencetak jaringan selepas menyempurnakan sepakan penalti sembilan minit selepas babak kedua bermula, sebelum Rafael Leao kembali menyamakan kedudukan minit ke-58 untuk sensasi Itali itu.

Rennes kemudian dihadiahkan satu lagi penalti pada minit ke-68 bagi membolehkan Bourigeaud menyempurnakan hatriknya.

“Kami semua mempunyai pendapat masing-masing mengenai perlawanan ini, tetapi kami telah layak. Melepasi pusingan seterusnya kelihatan mudah pada perlawanan pertama, sejujurnya bukan satu tugasan mudah.

“Perlawanan malam ini mengesahkan bahawa kami mempunyai banyak potensi untuk lebih maju ke hadapan. Tetapi masih banyak aspek yang perlu dinilai semula sebagai persediaan perlawanan seterusnya,” kata pengendali AC Milan, Stefano Pioli.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!