PHB rai anak yatim sempena cuti sekolah

Muhammad Zikri menyampaikan kelengkapan persekolahan kepada penguni Rumah Amal Al-Firdaus ketika program 'Waves of Joy' di taman tema Sunway Lagoon, Petaling Jaya pada Khamis.
Muhammad Zikri menyampaikan kelengkapan persekolahan kepada penguni Rumah Amal Al-Firdaus ketika program 'Waves of Joy' di taman tema Sunway Lagoon, Petaling Jaya pada Khamis.
A
A
A

PETALING JAYA - Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) meraikan seramai 47 anak yatim dari Rumah Amal Al-Firdaus, Shah Alam di taman tema Sunway Lagoon sempena cuti sekolah.

Pengurus Besar Jabatan Strategi Korporat PHB, Muhammad Zikri Kamardin berkata, program julung kali diadakan itu merupakan sebahagian daripada aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) anak syarikat Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera (YAHB) berkenaan.

“Program kemasyarakatan ini adalah inisiatif PHB untuk menyantuni anak-anak yatim selain memupuk nilai murni, keprihatinan, kasih sayang dan kesyukuran antara warga kerja kami bersama golongan kurang bernasib baik.

Muhammad Zikri menyampaikan kelengkapan persekolahan kepada penguni Rumah Amal Al-Firdaus ketika program 'Waves of Joy' di taman tema Sunway Lagoon, Petaling Jaya pada Khamis.
Muhammad Zikri menyampaikan kelengkapan persekolahan kepada penguni Rumah Amal Al-Firdaus ketika program 'Waves of Joy' di taman tema Sunway Lagoon, Petaling Jaya pada Khamis.

“Aktiviti ini juga merupakan usaha kami dalam memacu pertumbuhan ekonomi dengan memastikan amalan terbaik alam sekitar, sosial dan tadbir urus korporat (ESG) dilaksana bagi memanfaatkan komuniti tempatan, rakan perniagaan, pelabur dan warga kerja syarikat,” katanya sempena program Waves of Joy di sini pada Khamis.

Menurutnya, aktiviti melibatkan 16 kakitangan syarikat berkenaan itu disertai penghuni Rumah Amal Al-Firdaus berusia tiga hingga enam tahun.

Penghuni Rumah Amal Al-Firdaus dibawa melawat taman hidupan liar di taman tema Sunway Lagoon.
Penghuni Rumah Amal Al-Firdaus dibawa melawat taman hidupan liar di taman tema Sunway Lagoon.

Beliau berkata, pelbagai aktiviti menarik disediakan antaranya jelajah taman hidupan liar dan mandi di taman tema air.

Artikel Berkaitan:

“Kemuncak program diserikan dengan pemberian kelengkapan persekolahan seperti buku mewarna, peralatan menulis, pensel warna dan sebagainya bagi persediaan persekolahan sesi 2024 yang akan bermula pada Mac ini,” ujarnya.

Penghuni Rumah Amal Al-Firdaus dibawa melawat taman hidupan liar di di taman tema Sunway Lagoon, Petaling Jaya pada Khamis.
Penghuni Rumah Amal Al-Firdaus dibawa melawat taman hidupan liar di di taman tema Sunway Lagoon, Petaling Jaya pada Khamis.

PHB yang ditubuhkan pada 8 Mei 2006 merupakan sebuah syarikat pelaburan hartanah yang diberi mandat oleh kerajaan untuk meningkatkan penglibatan bumiputera dalam pemilikan aset hartanah komersial utama di Malaysia.

Komponen utama dalam misinya ialah pengurusan Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) iaitu sebuah dana unit amanah patuh syariah yang berfungsi sebagai medium penyampaian dalam tujuan berkenaan.

Muhammad Zikri (baju merah, tengah) bersama kakitangan PHB dan penghuni Rumah Amal Al-Firdaus sempena program Waves of Joy di taman tema Sunway Lagoon, Petaling Jaya pada Khamis.
Muhammad Zikri (baju merah, tengah) bersama kakitangan PHB dan penghuni Rumah Amal Al-Firdaus sempena program Waves of Joy di taman tema Sunway Lagoon, Petaling Jaya pada Khamis.