Ban Mero tak pandang mudah Nawid

Mohd Amirul (depan, tiga dari kiri) bersama petinju yang akan menyahut cabaran di King of The Ring Kejohanan JWP-DBKL Kuda Merah Muay Thai Challenge 2024. Foto Sinar Harian-ROSLI TALIB
Mohd Amirul (depan, tiga dari kiri) bersama petinju yang akan menyahut cabaran di King of The Ring Kejohanan JWP-DBKL Kuda Merah Muay Thai Challenge 2024. Foto Sinar Harian-ROSLI TALIB
A
A
A

“SAYA perlu berwaspada berdepan Nawid.”

Itu amaran awal petinju Kuda Merah PDRM, Mohd Amirul Ariffin yang akan berdepan petinju kelahiran Afgahnistan, Nawid Ullah Bakshi dari kelab Sampuri Ampang pada Ahad.

Mohd Amirul yang lebih dikenali Ban Mero akan tampil merebut gelaran King of The Ring Kejohanan JWP-DBKL Kuda Merah Muay Thai Challenge 2024 juga mengakui tidak memandang rendah keupayaan lawannya tersebut.

“Saya perlu tengok terlebih dulu teknik-teknik yang akan diperagakan Nawib dari situ baharu saya boleh merencana strategi untuk pusingan kedua dan ketiga. Latihan pada kali ini lebih kepada latihan teknik-teknik berdepan lawan.

King of The Ring Kejohanan JWP-DBKL Kuda Merah Muay Thai Challenge 2024.
King of The Ring Kejohanan JWP-DBKL Kuda Merah Muay Thai Challenge 2024.

“Kelebihan tenaga muda Nawid merupakan cabaran besar kepada saya dalam perlawanan ini, namun Insya-ALLAH saya akan memberikan aksi terbaik,” katanya yang sebelum ini pernah berdepan petinju luar negara dari Kanada dan Australia.

Sebagai rekod seramai 28 petinju muay thai dalam dan luar negara akan berentap merebut gelaran dalam kejohanan edisi ke-73 di Stadium Titiwangsa Kuala Lumpur itu.

Kepada yang berminat menyaksikan boleh melakukan pembelian tiket dengan menghubungi 012-7864930 (WhatsApp) untuk maklumat lanjut.

Artikel Berkaitan:

INFO

Kejohanan JWP-DBKL Kuda Merah Muay Thai Challenge 2024

SABTU (24 FEBRUARI)

Aiman Harith (Akademi Kuda Merah) lwn Zarif Danial (Akademi Jasin) (KMKM)

Hazami (Tommy PDRM Pulapol KL) lwn Syakir (FGTS Muaythai Gym)

Ahmad Hafizi (Jordan Top Team) lwn Zul Fazlie Shahmi Zaizul Shahram (FDM Muaythai)

IKmal Arief Kamarul Azlan (Hybrid Muaythai) lwn Lin Kai Tze (Shark Muaythai)

Damia Khaulah (Cosmic Johor) lwn Raja Izaty (Head Hunter Perak)

Akid Mikdam (Cosmic Johor) lwn Haikal (Hallo Fight Club)

Mohd Rafi Manaf (Kuda Merah PDRM) lwn Wan Muhammad Kittyyamat (Red Wolves)

AHAD (25 FEBRUARI)

Farish Hakimi (Akademi Kuda Merah) lwn Muhammad Izzat Fitri (Muaythai Port Dickson)

Nizam Joeffery (Kuda Merah Selatan) lwn Zahid (Singa Utara)

Tuah Tarmizi (Gorilla Muaythai) lwn Zufry Iskandar (Taring Muaythai)

Umar Usman (Red Wolves) lwn Ariq Penang (Attitude Muay Gym)

Samuel Raj (Selendang Kuning Studio) lwn Phitserithai (Rizq Muaythai)

Pet Sangoan (Yala Thailand) lwn Muhammad Ali Yaakub (Attitude Muay Gym)

Mohd Amirul Ariffin (Kuda Merah PDRM) lwn Nawid Ullah Bakshi (Afgahnistan Sampuri Ampang)

* Semua perlawanan bermula jam 8.30 malam di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!