Penubuhan Jabatan Pendakwaan Syarie Malaysia tidak hakis kuasa negeri - Mufti

Wan Salim. Laporan Sinar Harian.
Wan Salim. Laporan Sinar Harian.
A
A
A

GEORGE TOWN - Penubuhan Jabatan Pendakwaan Syarie Malaysia (JPSM) tidak akan menghakis kuasa negeri berikutan ia tidak akan mengubah kuasa dan fungsi Ketua Pendakwa Syarie negeri yang digariskan di dalam Enakmen Hal Ehwal Agama Islam Negeri.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, penubuhan tersebut dilihat satu perkembangan yang positif terutama untuk memisahkan peranan dan tugas pihak penguatkuasa dengan pihak pendakwaan.

"Oleh itu, ia dapat menamatkan pertindihan kuasa antara Jabatan Agama Islam Negeri dan Mahkamah Syariah.

"Sepatutnya JPSM sudah lama ditubuhkan untuk memudahkan serta melancarkan pengurusan kes-kes yang dikemukakan oleh masyarakat Islam supaya diselesaikan oleh mahkamah syariah," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Semalam Sinar Harian melaporkan kerajaan akan menubuhkan JPSM dalam usaha memperkukuh ekosistem perundangan syariah di negara ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, proses penubuhan JPSM kini dalam peringkat perbincangan.

Zulkifli berkata, kerajaan komited melaksanakan pemerkasaan perundangan syariah secara sistematik dan teratur termasuk menerusi Rang Undang-Undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355).

Artikel Berkaitan: