Impian Dharma Raj

Dharma Raj
Dharma Raj
A
A
A

BEKAS ketua jurulatih hoki negara, Muhammad Dharma Raj Abdullah teruja untuk kembali ke Malaysia sekiranya diberi peluang membimbing skuad The Speedy Tigers yang tidak diaktifkan sejak 31 Januari lalu.

Dharma ketika ini merupakan pengarah teknikal pasukan hoki kebangsaan Indonesia sejak 2020 dan dijangka berakhir 2025.

Beliau mengakui berminat dengan jawatan tersebut kerana suka dengan cabaran baharu khususnya bagi membentuk skuad hoki negara yang ampuh.

“Saya memilih untuk memohon jawatan itu kerana mahu mengharungi cabaran baharu. Di Indonesia, sasarannya lebih kepada kecemerlangan dalam sukan hoki dan Sukan SEA, berbanding Malaysia.

Laporan Sinar Harian pada Selasa.
Laporan Sinar Harian pada Selasa.

“Mereka mempunyai KPI (petunjuk prestasi utama) dan sasaran yang lebih tinggi. Persatuan mahu pasukan bermain pada Piala Dunia, Olimpik dan kejohanan berprestij lain, justeru ia lebih mendorong saya untuk menyahut cabaran baharu.

“Jika saya berpeluang memegang jawatan itu, ia akan menjadi tugas besar kerana perlu membina semula pasukan baharu,” katanya.

Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) menyenarai pendek empat jurulatih bagi mengendali Speedy Tigers dengan keputusan muktamad mengenai pelantikan ketua jurulatih itu dijangka diumumkan pada 29 Februari.

Artikel Berkaitan:

Selain Dharma, bekas jurulatih kebangsaan, Sarjit Singh dan pemenang pingat Olimpik, Brendon Carolan dari Afrika Selatan serta Glenn Turner dari Australia turut berada dalam senarai akhir.

Dharma menjelaskan sekiranya berpeluang memegang jawatan itu, beliau mahu memperkasa pemain remaja untuk memudahkan peralihan mereka ke dalam pasukan kebangsaan.

“Saya mengenali ramai pemain di Malaysia terutama pemain junior yang berpotensi. Saya juga bersemangat untuk membuat perubahan, namun perlu berhati-hati dan melalui fasa tertentu bagi tempoh jangka pendek serta panjang,” katanya.

Dharma merupakan jurulatih skuad senior lelaki dari 2014 hingga 2018 da turut membantu Malaysia mara ke final Piala Sultan Azlan Shah 2014.

Cabaran pertama bakal jurulatih baharu Speedy Tigers ialah mengharungi Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh dari 4 hingga 11 Mei dan Piala Negara-negara di Poland dari 31 Mei hingga 9 Jun.