Semangat luar biasa Liverpool

Harvey Elliott (kanan) meraikan jaringan bersama Van Dijk selepas meleak gol keempat Liverpool ketika berdepan Luton Town di Anfield. Foto: AFP
Harvey Elliott (kanan) meraikan jaringan bersama Van Dijk selepas meleak gol keempat Liverpool ketika berdepan Luton Town di Anfield. Foto: AFP
A
A
A

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp menyifatkan kebangkitan menakjubkan The Reds ketika menentang Barcelona dalam Liga Juara-Juara 2019 memberikan inspirasi kepada skuadnya yang dilanda kecederaan menewaskan Luton Town di Anfield pada Khamis.

Klopp sebelum ini berjanji kepada pasukannya beberapa bulan lalu tidak akan menggunakan contoh perlawanan separuh akhir yang tidak dapat dilupakan itu, walaupun kehilangan pemain utama termasuk Mohamed Salah dan Roberto Firmino, Liverpool melancarkan perlawanan menewaskan Barcelona 4-0 sekali gus 4-3 secara agregat.

“Malam ini saya mungkir janji...permainan ini agak serupa, saya kehilangan ramai pemain.

“Pasukan malam itu mengabaikan fakta siapa yang hilang, dan saya mahu kami mengabaikan fakta siapa yang hilang ketika berdepan Luton,” kata Klopp.

Biarpun intensiti mungkin tidak begitu tinggi seperti berdepan Barcelona, perlawanan di Merseyside tersebut mempunyai sedikit persamaan apabila skuadnya menewaskan Luton 4-1 untuk kekal di puncak carta Liga Perdana Inggeris.

Liverpool sebelum ini dilanda kecederaan baru-baru ini menyaksikan kehilangan pemain utama seperti Salah, Darwin Nunez, Diogo Jota, Curtis Jones, Dominik Szoboszlai, Trent Alexander-Arnold dan penjaga gol Alisson Becker.

Situasi itu menyaksikan Liverpool menurunkan barisan termuda - 25 tahun dan 68 hari - untuk perlawanan Liga Perdana Inggeris dalam tempoh lima tahun yang tiga mata dijelmakan Virgil van Dijk, Cody Gakpo, Luis Diaz dan Harvey Elliott.

Klopp juga memuji karakter separuh masa kedua pemain-pemain tuan rumah dalam perlawanan itu.

Artikel Berkaitan:

“Saya memerlukan beberapa minit untuk mencatur semula taktikal apabila saya mendapat berita kecederaan sebelum perlawanan.

“Mulai saat ini, apabila anda tahu bagaimana boleh menangani kemudian menyelesaikannya untuk permainan ini, itu sangat baik. Dan itulah yang saya mahu pemain-pemain buktikan.

“Saya sangat gembira, kerana banyak perkara yang kami lihat malam ini, sebelum perlawanan tiada siapa yang tahu bagaimana pemain-pemain akan menghadapi cabaran ini dan kerana ia adalah satu cabaran....,” kata Klopp.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28