Arsenal kurang pengalaman

Arteta (kiri). Foto: AFP
Arteta (kiri). Foto: AFP
A
A
A

KURANG pengalaman beraksi dalam saingan kelab terkemuka Eropah disifatkan faktor Arsenal melepaskan gol lewat dalam perlawanan pertama pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara menentang Porto di Estadio do Dragao pada awal pagi Khamis.

Bagaimanapun pengendali Arsenal, Mikel Arteta berkata, kelab berprofil tinggi dari London utara itu akan belajar daripada kekalahan 0-1 kepada gergasi Portugal tersebut.

“Kami benar-benar menguasai permainan tetapi kami tidak mempunyai tujuan terutamanya pada separuh masa pertama untuk melakukan lebih banyak percubaan, memecahkan barisan, bermain ke hadapan, menjana lebih banyak ancaman di barisan belakang mereka.

“Pada separuh masa kedua terdapat perkara yang lebih baik dan kami menjana banyak situasi tanpa benar-benar mencipta banyak daripadanya, tetapi kami akan belajar daripadanya,” kata Arteta.

Arsenal gagal melakukan rembatan ke sasaran sepanjang perlawanan walaupun memiliki penguasaan bola, dengan gol kemenangan tuan rumah dijelmakan Galeno pada minit ke-94.

Apabila ditanya sama ada Arsenal kekurangan pengalaman Liga Juara-Juara menjadi faktor untuk melepaskan gol lewat, Arteta berkata: “Ia hanya bola terakhir.

“Jika dalam 94 minit kami tidak mempunyai kenaifan dalam satu itu, saya rasa agak kejam untuk menilainya tetapi memang benar ia memberi kesan besar kepada keputusan perlawanan ini.

“Banyak perkara lain yang mereka lakukan buat kali pertama di sini, ia sangat bagus.”

Artikel Berkaitan:

Arsenal akan menerima kunjungan Newcastle United dalam Liga Perdana Inggeris pada Ahad sebelum berdepan semula Porto di Stadium Emirates pada 13 Mac.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28