Sasaran perdagangan, pelaburan 2024 mampu dicapai

Tengku Zafrul berucap pada majlis pelancaran BYD Seal di Persiaran Menara TRX pada Khamis. Foto Bernama
Tengku Zafrul berucap pada majlis pelancaran BYD Seal di Persiaran Menara TRX pada Khamis. Foto Bernama
A
A
A

KERAJAAN optimis sasaran perdagangan dan pelaburan yang ditetapkan untuk tahun ini dapat dicapai meskipun penyusutan nilai semasa ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) memandangkan banyak tonggak utama lain yang kekal mempunyai daya tarikan dan menarik minat pelabur global.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, pelabur akan mempertimbangkan prospek jangka panjang dan sesuatu yang menjadi sandaran dalam membuat keputusan mereka.

"Ringgit merupakan satu daripada faktor utama. Mereka ingin melihat kestabilan ringgit dan saya berpandangan bahawa kita berada pada julat yang stabil,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan jenama kenderaan elektrik terbaharu BYD Malaysia, BYD SEAL. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!