X

Kindly register in order to view this article
!

Anwar tak melobi jadi Menteri Pendidikan

Anwar Ibrahim - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tidak wujud sebarang unsur melobi ketika pertemuan beliau dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam.

Anwar menjelaskan, pertemuan tersebut hanya melibatkan perbincangan hati ke hati antara beliau dan Dr Mahathir tanpa membincangkan soal kekosongan jawatan dalam Kabinet.

"Perbincangan itu hati ke hati dua orang, jadi diberikan sedikit sebanyak penjelasan tetapi saya tidak bincang soal Kabinet. Saya pun tidak lobi.

"Nanti orang kata kebetulan saya jumpa petang semalam...saya tak nak orang ingat saya nak pergi melobi. Tidak," katanya ditemui pemberita di persidangan International Unity in Diversity Conference 2020 di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar bertemu Dr Mahathir lagi

Ditanya sama ada pertemuan itu membincangkan peralihan kuasa sebagai Perdana Menteri, Anwar berkata, tiada perbincangan khusus dibuat.

"Kami bincang secara umum kepentingan, keperluan apa-apa untuk dirujuk ke Majlis Pakatan Harapan (PH). Kita tak bincang apa-apa khusus pun (peralihan kuasa)," katanya.

Jawatan Menteri Pendidikan kosong susulan peletakan jawatan Dr Maszlee Malik pada Jumaat lepas.

Kelmarin, Anwar memuat naik gambar pertemuan dengan Dr Mahathir di Twitter miliknya.

Pertemuan di Putrajaya itu katanya, bertujuan membincangkan perkembangan isu-isu semasa mutakhir ini sama ada dalam atau luar negara.

Antara yang turut disentuh termasuk hal ehwal berkaitan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) dan penganjuran Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 yang baru berlangsung pada penghujung tahun lalu.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!