Nyaris langgar tapir di LPT2

Perkongsian oleh Haniff Kamaluddin pengalaman nyaris melanggar seekor tapir yang berkeliaran di LPT2 semalam.
Perkongsian oleh Haniff Kamaluddin pengalaman nyaris melanggar seekor tapir yang berkeliaran di LPT2 semalam.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang pengguna Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berkongsi detik cemas nyaris terlanggar tapir yang berkeliaran di selekoh selepas plaza tol Kerteh menghala ke Paka semalam.

Menurut Hanif Kamaluddin, dia biasanya akan menggunakan jalan singkat dengan melalui LPT2 untuk ke sekolah pada sebelah pagi.

Katanya, selama ini dia hanya membaca perkongsian individu lain mengenai haiwan yang berkeliaran di LPT2 dan tidak menyangka dia sendiri melalui pengalaman serupa.

"LPT2 ni dah jadi laluan wajib bagi untuk ke sekolah kalau nak cepat. Akan naik di Kerteh dan keluar di Paka.

"Ramai dah orang kongsi sebelum ni di LPT2 bermacam haiwan keluar dan yang paling banyak lembu.

"Hari ni nasib baik sempat brek seekor tapir betul-betul di selekoh tajam lepas tol Kerteh. Semoga tapir tadi selamat masuk hutan balik dan tidak diapa-apakan," katanya.

Perkongsian oleh Paxli Che Rani II pengalaman bertembung dengan seekor kerbau di LPT2 pagi tadi.
Perkongsian oleh Paxli Che Rani II pengalaman bertembung dengan seekor kerbau di LPT2 pagi tadi.

Selain Hanif Kamaluddin, seorang lagi pengguna LPT2 berkongsi cerita terserempak dengan seekor kerbau ketika melalui laluan Bukit Payong - Telemung.

Artikel Berkaitan:

Perkongsian menerusi akaun media sosial Facebook oleh Paxli Che Rani II itu memberitahu, dia terserempak dengan seekor kerbau di lebuh raya itu pagi tadi.

"Pagi-pagi jumpe 'dinasour' doh. Tuan ye (ia) maroh (marah) dok (tak) kalu (kalau) ambe (saya) igak (tangkap).

"Hati-hati lake (semua)," katanya.

Perkongsian itu mendapat 3,100 reaksi, 540 komen dan 54 perkongsian.

Kebanyakan netizen mempersoalkan tindakan empunya haiwan itu yang disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab hingga memperjudikan nyawa pengguna lebuh raya.

Selain itu terdapat juga mereka yang berkongsi kisah pernah melanggar haiwan di LPT2 hingga menyebabkan kerosakan pada kenderaan.