Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen forum terbaik pantau kementerian

Fahmi Foto Bernama
Fahmi Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Jawatankuasa Pilihan Khas yang ditubuhkan di Parlimen merupakan forum terbaik untuk memantau perjalanan setiap kementerian dalam Kerajaan Perpaduan berbanding Kabinet bayangan yang dibentuk Perikatan Nasional (PN), kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Fahmi berkata, konsep Jawatankuasa Pilihan Khas itu sebenarnya memainkan peranan semak dan imbang dalam Parlimen, serta dianggotai oleh semua Ahli Parlimen daripada pelbagai parti.

"Saya saran kepada rakan di PN untuk berkhidmat dengan baik melalui Jawatankuasa Pilihan Khas yang boleh bersidang bila-bila masa. Itu cara yang sudah ada dan perlu dimanfaatkan sepenuhnya,” katanya pada sidang media pasca Mesyuarat Kabinet di sini pada Rabu.

PN pada Februari 2023 mengumumkan pembentukan barisan 'Kabinet' bagi menyelaras pengurusan parti-parti sebagai pembangkang di Parlimen, dan terkini pada 8 Februari lepas PN mengumumkan lima barisan Ketua Portfolio baharu dalam 'Kabinet Bayangan’.

Terdapat sembilan Jawatankuasa Pilihan Khas yang tersenarai di portal rasmi Parlimen Malaysia https://parlimen.gov.my/jawatankuasa-pilihan-khas-temp.html?uweb=dr&, merangkumi Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi, Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan dan Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan, Sains dan Inovasi. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: