SPRM tahan dua pengurus syarikat IT disyaki terima rasuah

SPRM menahan dua pengurus syarikat IT kerana disyaki menerima rasuah.
SPRM menahan dua pengurus syarikat IT kerana disyaki menerima rasuah.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua pengurus syarikat teknologi maklumat (IT) kerana disyaki menerima rasuah berupa tiket penerbangan dan penginapan di Bangkok, Thailand dianggarkan berjumlah RM3,000.

Sumber SPRM memaklumkan, kedua-dua suspek lelaki warga tempatan tersebut ditahan antara jam 10 hingga 11 malam tadi menerusi satu operasi yang dijalankan di sekitar Kuala Lumpur.

Beliau berkata, kedua-dua suspek dipercayai melakukan kesalahan tersebut pada tahun 2023 dan menerima suapan daripada sebuah syarikat sebagai balasan agar tidak mengganggu perjalanan kontrak syarikat tersebut dengan sebuah bank.

Sementara itu, Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Datuk Mohamad Fauzi Husin@Che Mamat ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009. Kedua-dua suspek dilepaskan dengan jaminan SPRM,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: