Jenazah Taib Mahmud dibawa ke Pangkalan Udara TUDM

A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Jenazah Allahyarham bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud selamat berangkat dan dibawa ke Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang selepas selesai diberikan penghormatan terakhir pada Rabu.

Penghormatan terakhir jenazah Allahyarham di Masjid Negara itu selesai kira-kira jam 12.30 tengah hari dan diiringi oleh isteri, Toh Puan Raghad Kurdi Taib bersama ahli keluarganya.

Hadir memberi penghormatan terakhir Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah; Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam; Pemangku Raja Perlis Raja Muda Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra.

Hadir sama ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof; Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Tan Sri Annuar Musa serta 100 orang lain.

Difahamkan dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, jenazah Allahyarham akan diterbangkan pulang ke Kuching, Sarawak.

Jenazah Allahyarham dijangka tiba di Lapangan Terbang Kuching pada jam 3.30 petang dan terus dibawa ke rumah beliau di Demak Jaya, Jalan Bako.

Allahyarham Abdul Taib, 87 dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur pada jam 4.40 pagi Rabu selepas kira-kira seminggu menerima rawatan di bangunan fasiliti berkenaan.

Artikel Berkaitan: