Taib Mahmud banyak berjasa kepada rakyat Sarawak - Hajiji

Hajiji Noor - Foto Bernama
Hajiji Noor - Foto Bernama
A
A
A

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud sebagai kehilangan besar kepada rakyat di Sarawak.

Beliau yang turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham menyifatkan Tun Abdul Taib sebagai bekas Ketua Menteri yang banyak berjasa untuk rakyat Sarawak dan pembangunan negeri itu.

"Takziah kepada keluarga Allahyarham dan semoga ALLAH SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham.

"Jasa beliau kepada Sarawak amat besar dan ini adalah satu kehilangan besar kepada rakyat dan negeri Sarawak," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Abdul Taib, 87, disahkan meninggal dunia sekitar jam 4.28 pagi tadi di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.

Berita duka pemergian Abdul Taib ke rahmatullah disahkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadilah Yusof.

Artikel Berkaitan: