Kanak-kanak 12 tahun maut rempuh belakang motosikal

Seorang murid maut selepas motosikal yang ditungganginya dipercayai melanggar bahagian belakang sebuah lagi motosikal lain di KM34, Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu di Pasir Puteh pada Selasa.
Seorang murid maut selepas motosikal yang ditungganginya dipercayai melanggar bahagian belakang sebuah lagi motosikal lain di KM34, Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu di Pasir Puteh pada Selasa.
A
A
A

PASIR PUTEH - Seorang kanak-kanak maut selepas motosikal ditunggangnya dipercayai melanggar bahagian belakang sebuah motosikal lain dalam kejadian di Kilometer 34, Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu di sini pada Selasa.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, mangsa berusia 12 tahun tersebut maut selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintenden Zaizul Rizal Zakaria berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian mangsa dari Kampung Wakaf ke Padang Pak Amat.

"Setiba di lokasi, mangsa dipercayai telah gagal mengawal motosikalnya lalu telah melanggar bahagian belakang sebuah motosikal lain yang berada di hadapannya sehingga menyebabkan kemalangan.

"Ekoran itu, mangsa telah mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan dihantar ke Hospital Tengku Anis untuk mendapatkan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia," katanya ketika dihubungi.

Menurut beliau, siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ujarnya, mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian boleh menghubungi balai berhampiran di talian 016-5072413.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!