Jepun catat rampasan dadah kedua terbesar pada 2023 berjumlah 2,400 kg

Pihak berkuasa Jepun merampas kira-kira 2,406 kilogram dadah dan bahan terlarang lain di pelabuhan serta lapangan terbang di seluruh negara pada 2023 - Foto: Agensi
Pihak berkuasa Jepun merampas kira-kira 2,406 kilogram dadah dan bahan terlarang lain di pelabuhan serta lapangan terbang di seluruh negara pada 2023 - Foto: Agensi
A
A
A

TOKYO - Pihak berkuasa Jepun merampas kira-kira 2,406 kilogram dadah dan bahan terlarang lain di pelabuhan serta lapangan terbang seluruh negara pada 2023 dan sekali gus mencatat nilai rampasan kedua terbesar di negara itu, lapor Xinhua memetik media tempatan pada Selasa.

Angka itu melonjak 79 peratus daripada tahun sebelumnya, menandakan rampasan dadah kedua terbesar negara berbanding pada tahun pra-pandemik 2019, lapor stesen penyiaran NHK, memetik data kementerian kewangan.

Sementara itu, jumlah kes pengedaran dadah yang dikesan pada tahun lepas ialah 815, turun 22 peratus berbanding 2022.

Jumlah kes membabitkan pesawat penumpang meningkat hampir tiga kali ganda daripada tahun sebelumnya kepada 262, disebabkan peningkatan perjalanan udara selepas sekatan Covid-19 dilonggarkan. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: