Pemandu selamat Mercedes-Benz terbakar

Seorang pemandu terselamat selepas menyedari kereta jenis Mercedes-Benz dipandunya terbakar dalam kejadian di Jalan Laguna, Kampung Pulau Tiga, Kuala Muda, pada Isnin. Foto ihsan JBPM Kedah
Seorang pemandu terselamat selepas menyedari kereta jenis Mercedes-Benz dipandunya terbakar dalam kejadian di Jalan Laguna, Kampung Pulau Tiga, Kuala Muda, pada Isnin. Foto ihsan JBPM Kedah
A
A
A

SUNGAI PETANI - Seorang pemandu berdepan detik cemas apabila kereta jenis Mercedes-Benz dipandunya terbakar dalam kejadian di Jalan Laguna, Kampung Pulau Tiga, Kuala Muda di sini, pada Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Amanjaya, Penolong Penguasa Bomba Azahari Abdullah berkata, mangsa bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri selepas menyedari kebakaran melibatkan kenderaan itu.

"Sebelum itu, pihak kami menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 998 berhubung kejadian kebakaran pada jam 12.24 tengah hari.

“Berdasarkan maklumat awal, kebakaran melibatkan sebuah kereta Mercedes-Benz yang terbakar hampir 80 peratus," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau memaklumkan, sepasukan anggota BBP Amanjaya digerakkan ke lokasi kejadian bersama dengan jentera.

"Api berjaya dipadamkan sebelum operasi memadamkan kebakaran tamat sepenuhnya pada jam 1.04 petang.

"Pemandu kenderaan itu dilaporkan selamat apabila sempat keluar dari kereta sebelum kebakaran merebak," ujar beliau.

Artikel Berkaitan: