Utara Semenanjung dijangka alami cuaca panas lebih 35 darjah Celsius

MetMalaysia menjangkakan cuaca kering dan panas di negeri-negeri utara Semenanjung dengan suhu melebihi 35 darjah Celsius. Foto Bernama
MetMalaysia menjangkakan cuaca kering dan panas di negeri-negeri utara Semenanjung dengan suhu melebihi 35 darjah Celsius. Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan cuaca kering dan panas di negeri-negeri utara Semenanjung dengan suhu melebihi 35 darjah Celsius.

MetMalaysia dalam satu kenyataan turut berkata, ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang berpotensi berlaku di beberapa tempat di kawasan pedalaman dan barat Semenanjung serta Sabah.

“Berdasarkan analisis model-model cuaca, penumpuan angin dijangka berlaku di bahagian tengah dan selatan Sarawak.

“Keadaan ini berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang di kawasan tersebut terutama pada sebelah petang dan boleh berlarutan hingga ke awal pagi,” kata kenyataan itu pada Isnin.

Justeru, orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my, media sosial rasmi MET Malaysia dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini serta sahih.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: