Pesakit kanser diramal tidak berkurang dalam tempoh 10 tahun

Situasi penyakit kanser di negara ini diramal tidak berkurang, sebaliknya akan bertambah buruk dalam tempoh 10 tahun.
Situasi penyakit kanser di negara ini diramal tidak berkurang, sebaliknya akan bertambah buruk dalam tempoh 10 tahun.
A
A
A

SHAH ALAM - Situasi penyakit kanser di negara ini diramal tidak berkurang, sebaliknya akan bertambah buruk dalam tempoh 10 tahun.

Pakar Perunding Kanan Onkologi dan Radioterapi, Pusat Kanser dan Radiosurgeri, Hospital Pakar KPJ Damansara, Dr Aminudin Rahman Mohd Mydin berkata, ia susulan tahap kesedaran rakyat Malaysia mengenai penyakit kanser masih rendah.

Menurutnya, pesakit lebih gemar mendapatkan rawatan alternatif terlebih dahulu sebelum dirujuk kepada pakar di hospital.

“Secara jujurnya situasi kanser di Malaysia kini semakin parah, kita ke belakang. Pada saya kes kanser dijangka akan semakin meningkat saban tahun,” katanya pada Ahad.

Dr Aminudin Rahman berkata, banyak rawatan kanser moden dan terkini yang mampu menyembuhkan pesakit kanser.

“Peringkat awal boleh disembuhkan dengan mendapatkan rawatan di hospital.

"Jadi cadangan saya, buat ujian saringan awal dan mendapatkan rawatan perubatan moden di hospital supaya kanser dapat dikekang serta cepat sembuh,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!